Khamis, 6 November 2014

Tukar Gynea Lagi-Sungguh Saya Tak Sabar

Assalamualaikum...
Hari ni, eiesha pergi gyneacologies lagi.. tapi bukan pergi columbia asia tau, bukan jumpa doktor aida. eiesha nekad untuk tukar doktor. kali ni eiesha nak jumpa doktor stanley teo. doktor stanley teo dia ada klinik family dia sendiri dimana dia, bapanya dan isterinya ada pakar sakit puan. mak aii seketurunan pakar rahim perempuan.. (hek..hek...)

eiesha bukannya apa, rawwatan kesuburan dengan doktor aida mengambil masa yang sangat lama. Bayangkan eiesha mula raatan dari penghujung tahun lepas sampai sekarang dia masih suruh eiesha consume diane 35. eiesha nak pregnant kenapa suruh eiesha makan diane 35?? eiesha tau la tu ubat kesuburan tapi perlu ke eiesha kena lalui sampai 10 cycles?? lama tuuu... kalau macam tu sampai tahun depan memang eiesha tak ada peluang nak hamil langsung la... hurmm... 

dengan doktor stanley eiesha terus minta dia buat HSG. tapi kebetulan pula HSG takda dibuat di klinik dia. so, dia refer kes kami ke satu tempat (sinar dinamik) kat situ jer dapat buat ujian HSG ni. Ujian HSG ni untuk check samada tiub kita sumbat ataupun tidak. Ujian inilah yang sha nak buat dari dulu lagi.. Isnin ni bersamaan 10 November 2014 eiesha akan buat ujian ni.. tak jauh pun dari rumah.. Harap-harap masa tu nanti eiesha dapat minta MC

semoga dengan buat ujian HSG ni eiesha dipermudahkan untuk hamil.. niat eiesha kerana Allah dan zuriat untuk suami.. itu sahaja... 

Tiada ulasan: