Assalamualaikum...
Hari ni nak update salah satu usaha eiesha untuk mudah hamil.. Yealaa, seronok dok baca update member yang ikut kelab Diet Atkin (Malaysia) berjaya hamil setelah berat baan turun. Eiesha pun nak la jugak. Tambah-tambah lagi Doc Tang dan doc Aida suggest eiesha untuk diet. No other way bagi PCOS untuk mudah hamil selain kurus, period kembali lancar baru senang nak planning preg dengan kiraan masa subur..
So, eiesha bermula pada 28 Okt 2014 dengan berat 83kg. Target memula nak hapuskan no.8 tu dalam masa seminggu tapi nampaknya badan ni sangat liat nak bagi kerjasama. Last timbang pagi tadi 01 Nov 2014 berat eiesha 80kg. yeaaaa!!! syukur alhamdulillah Allah permudahkan niat eiesha. Cuma perjalan ni masih jauh lagi. Eiesha target dalam sebulan eiesha nak buang dalam 10kg kalau dapat lah.. tapi insha allah dengan restu suami eiesha akan dapat la.. :)
Heheee..semoga bangun pagi esok eiesha dapat suprise dari penimbang yang maha baik show no.7 yerr hihi.. 75kg ke.. makk aiiii melebihnya...
Nota kaki;
Dia dah preggy, eiesha bila lagi..hurmm eiesha nak bagi hubby hadiah sempena ulang tahun ke-2 pernikahan kami.. Ya Allah permudahkan rezeki kami untuk mendapat zuriat Ya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan