Asalamualaikum... Bismillahnirrahmannirrahim...
Banyaknya yang eiesha nak update kali ni.. Rasa nak story dari awal dengan detail-sedetail-detailnya, tapi eiesha rasa macam banyak kekangan masa pula. Hurmm..takpalah, memandangkan eiesha buat blog ni pun untuk catatkan perjalanan TTC eiesha. So, eiesha akan cuba cerita semampu yang boleh.
23 0kt 2014
Eiesha bawa hubby buat medical checkup di pathlab. Pemeriksaan kesihatan ni bukan berkaitan dengan kesuburan cuma eiesha buat ni untuk mencegah penyakit yang kita tak nampak dengan mata kasar. Bak kata pepatah;
'mencegah lebih baik daripada merawat'
Hasilnya, eiesha didapati kurang immunisasi badan so eiesha perlukan suntikkan imun. Selain daripada tu, eiesha punya stress lavel sangat tinggi. berkenaan stress lavel ni kan, suatu hari bila ada masa eiesha akan cerita lebih lanjut ok.
bagi hubby pula, ada sesuatu yang sangat menyedihkan.. uwaaaa.... macam mana nak story nih... hubby disahkan pembawa Hepatitis B. Ya Allah, penyakit yang tiada ubat ini kenapa harus menyerang kami? Besar sungguh dugaan yang Allah pilih untuk kami. Hubby pun sama jugak, dia kena ambik vaccine untuk mencegah penyakit tu daripada memudaratkan ataupun merebak. Balik rumah eiesha segera google apa yang septutnya. Memandangkan hepatitis B ada kemungkinan dari keturunan juga, eiesha cadangan hubby bagitau kat parent dia. tapi hubby tak ready lagi.. hurmm..
27 0kt 2014
Eiesha dan hubby pergi jumpa doktor aida.. eiesha siap-siap bawa result dari pathlab. Apa lagi, eiesha pun terus kena bagi suntikkan imun. Bagi hubby pula dia terus buat sperm count di columbia asia. selain tu hubby kena ambik darah untuk double confirm dia punya hep.b samada jenis merebak atau jenis yang hanya hidup dalam badannya sendiri sahaja. Syukur sebab eiesha tak pula dijangkiti, yealah memandangkan penyakit ni boleh berjangkit dari darah dan air mani. Tuhan masih meringankan dugaan kami. syukran..
Berkenaan sperm count pula hasilnya tidak sangat memuaskan. Sperm hubby sedikit berasid dan kurang aktif. Tapi syukur ianya bukan masalah yang tidak dapat diubati. Doktor cadangkan hubby ambik suplement proxceed tapi sangat mahal okey~
Kami decide untuk beli suplement lain seperti zinc yang mana juga bagus untuk kualiti sperma.. Insha Allah lepas ni rezeki kami pula untuk jadi papa & mama :)
Banyak nak story sebenarnya, tapi setakat yang ni dulu la ya.. okey yang ni kos untuk rawatan kali ni..
Ujian kesihatan di Pathlab (Rm108 X 2 = Rm116)
Seminal annalysis hubby (Rm36)
Check darah hep.b (Rm39)
Suntikan vaccine eiesha (Rm56)
Saman Parking rm100 ergghhhh!!! tension!! haha
Nota Kaki...
errr..dia dah pregnant.. dia buat apa ek untuk pregnant kali ni?
boleh dikatakan kami sama-sama TTC, tapi ye laa.. rezeki dia datang awal..
alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan