Sabtu, 9 Ogos 2014

TTC Metformin + Diane 35

Assalamualaikum...
Lamanya eiesha tak menconteng blog ni.. bukan sebab malas atau takde idea, cuma tak banyak yang eiesha nak kena update. Tapi kali ni eiesha nak update lagi proses rawatan kesuburan dengan Doktor Aida. 

Selepas ambil 4 cycles Diane 35, aritu Doktor Aida pesan untuk datang jumpa dia lagi. So, eiesha dan husband pergilah klinik tu balik last day.. (08/08/2014) ingatkan dia nak buat scan ke, ape ke.. rupanya tak.. dia cuma nak eiesha consume Metformin pula. So maknanya another 5 cycles of Diane 35 eiesha kena plus dengan Metformin. 

Metformin ni eiesha kena makan 250mg sekali sehari untuk minggu pertama.  Minggu kedua pula eiesha kena makan 500mg iaitu 250mg pagi dan 250mg petang. Pada minggu ketiga doktor cakap eiesha kena makan 250mg dan diambil 3 kali sehari.. Lepas tu pada minggu keempat dan seterusnya(sehingga diberitahu..) eiesha kena makan 500mg(1biji) tiga kali sehari... hahhh.... hambek kau... 

Melalui pembacaan di blog Dr Zubaidi fungsi metformin ni untuk PCOSer macam eiesha adalah untuk merendahkan insulin dalam darah.. means merendahkan paras gula.. heee~ orang gempal ni memang sinonim dengan makanan manis.. tapi eiesha dalam proses kurangkan pengambilan gula. Nak tau lebih lanjut mengenai metformin? Baca kat link blog Dr. Zubaidi ni.. 

Semoga pengambilan metformin ni dapat turut membantu eiesha menurunkan berat badan.. psst..! sebenarnya eiesha tengah mengamalkan diet ATKINS.. hehe.. macam best jer tengok rakan-rakan yang dah berjaya.. Doktor Aida pun ada bagi kata-kata semangat kat eiesha. Dia cakap kalau eiesha dapat turunkan 10kg berat pun sangat mudah untuk eiesha hamil.. Ya Allah.. betapa eiesha berkobar-kobar dengar kata-kata semangat tu.. tapi seriously Doktor Aida bukan semata-mata doktor yang makan gaji di klinik swasta, tapi doktor aida seorang doktor yang sangat baik dan sedaya upaya mengelakan patient golongan sederhana macam eiesha dapat rawatan high class kat klinik dorang tu.. Ya Allah kau berkatilah hidup Doktor Aida dan keluarga... Amin... 
Nota : kos rawatan kali ni, Rm0.00 hehe best kan.. rasa tak percaya.. datang klinik, doktor aida bagi nasihat, cakap perlu consume metformin, continue diane 35 until 9 cycles, blaa..blaa... then bagi note untuk beli metformin di pharmacy luar.. so kami disuruh balik tanpa perlu bayar apa-apa... :) Alhamdulillah.... 

Tiada ulasan: