Isnin, 10 November 2014

November - Buat Ujian Hysterosalpingogram (HSG)

Asalamualaikum.. 
Catatan kali ini lebih kepada note untuk diri sendir. Mana taknya, Doktor S bagi ubat punya melampau banyak. So, untuk kegunaan bila lupa eiesha buat note ini. Nanti senangla eiesha nak rujuk kan.. :)

Pagi 10 Nov 2014
Last time jumpa Dr.S dia setuju bila eiesha cakap nak buat HSG dulu untuk kenal pasti tiub eiesha sumbat ke tak. Ok kalau nak tau HSG tu dibuat macam mana sila tengok video dari utube ini Live Hysterosalpingogram (HSG)-3D. Eiesha buat kat Sinar Dinamik dia pakar x-ray. Tiba hari yang dijanjikan selepas habis period hari ke 7 eiesha pun pergilah menghayun langkah longlai bertemankan hubby. Malam sebelum buat HSG tu macam perasaan eiesha alami. Tambah-tambah lagi bila eiesha ni rajin sangat tengok kat utube. Menambahkan lagi rasa nervouse.. huhu.. eiesha siap foward lagi video tu kat en.somi biar sama-sama tengok n fahami ujian yang bakal eiesha lalui. Eiesha percaya kuasa Allah, eiesha selawat banyak-banyak, baca yasin, baca pelbagai doa semoga dilapangkan dada dan ddapat result yang baik-baik. Sebelum masuk bilik operation HSG tu eiesha siap cium tangan en.somi dulu minta izin dia buat semua ni.. (yelaa, ujian ni memerlukan kita di sentuh oleh para doktor tau. siap bagi tengok percuma lagi milik husband kita kat bawah tu.. so, haruslah minta restu suami semoga dia redha dan berdoa isteri dia ni kuat.. )

Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang maha baik dan pemurah, ujian HSG tu berjalan lancar. Result eiesha normal, no blocking. Sakit?? Sakit tu agak sakit la.. mula-mula dia cucuk muncung itik tu untuk buka rahim supaya senang dr. suntik ubat (cecair) Cucuk muncung itik tu rasa xla sakit sangat, standard rasa masa buat papsmear jerr.. cumaaaaaa, masa dr. suntik cecair tu yang punya sakit..sakit ala-ala sengugut teruk. pastu dia biar dulu dalam 5 minit baru dorang cabut smua alat2 tu dari faraj.. masa cabut pun tak sakit.. dia bagi pad sebab ada bleeding sikit. Sebelah petang pula ari-ari semakin rasa kebas, rasa kembung perut pun ada. susah nak tafsir rasa sakitnya. Bangun pun slow-slow.. sebab bawah pusat payah kalau bawa bangun mengejut.. Keseluruhannya, sakit buat HSG ni masih dapat handle..jangan risau yer.. yang penting doa banyak2 minta Allah permudahkan dan jangan lupa minta restu suami, restu suami yang boleh mengurangkan sakit tu.. Bayaran buat HSG ni RM400/-

Petang 10 Nov 2014
Lepas buat HSG bawa result jumpa DR.S dia yang akan bagitau apa rawatan and ubat yang perlu eiesha makan lepas ni.. memandangkan result ok, apalagi dr.s bagi la pelbagai macam ubat untuk eiesha;
  • Clomid 50mg dimakan pada hari ke-2 hingga hari ke-6 period. (1biji X 1kali sehari)
  • Duphaston dimakan pada hari ke-14 hingga hari ke-25 period. (1biji X 1kali sehari)
  • Ovulation kit diuji pada hari ke-13 hingga hari ke-22 period setiap pukul 10am dan jika terdapat 2 line :
  • Magic pills dimakan 2 jenis, setiap jenis dimakan 2 biji X 3 kali sehari (8am-2pm-8pm) dan jika ovulation kit langsung tidak jumpa double lines :
  • Sila sms dr.s bagitau tak ada ovulation.. (haraplah saya tak perlu lalui yang ini..)
  • Husband pula disuruh makan suplement (booster) yang boleh miningkatkan sperm count dan mobitility-sebab sperm count dan mobitility husband rendah last annalysys.
Jumpa dr.s kali ni eiesha kena bayar RM350/- untuk consultation dan ubat.. huhuuu hambek kau... total treatment untuk hari ini RM400 + RM350 boleh pingsannn... tapi eiesha percaya Allah tahu kemapuan kami, dan Allah takkan menguji eiesha dan suami melebihi apa yang kami mampu.. semoga lepas ni, usaha eiesha untuk medapat cahaya mata dari rahim sendiri Allah permudahkan.. eiesha bersyukur masih mampu buat rawatan daripada eiesha hanya tinggal diam tanpa usaha untuk mendapatkan sesuatu.. 

Ya Allah..rahmatilah dan berilah kesejahteraan serta keberkatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. pembuka bagi sesuatu yang tertutup dan penamat bagi sesuatu yang telah berlalu; penolong bagi yang hak, penunjuk jalan yang lurus. dan kepada ahli keluarga serta para sahabat baginda yang layak untuknya sesuai dengan darjat kedudukannya yang tinggi dan mulia.

wahai Tuhan yang menolak bala bencana! Ya Allah wahai Tuhan yang menolak bala bencana. ya Rahman, tolakkan daripada eiesha dan keluarga sekalian bala dunia dan bala bencana akhirat. dan juga bencana yang datangnya dari musuh-musuh, dari manusia dan jin, dari syaitan dan iblis. dan apa-apa yang turun dari langit, dan keluar dari bumi. dengan rahmat Engkau, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. dan Allah memberi selawat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. dan segala pujian bagi Allah, Tuhan pengatur sekalian alam. Amin...

Nota Kaki :
Lepas eiesha buat HSG hubby macam makin sayang.. adakah sebab dia nampak pengorbanan eiesha terlampau besar untuk berikan dia zuriat? tapi yes, eiesha buat semua ni untuk hubby..





Tiada ulasan: