Sabtu, 10 Januari 2015

Hellow 2015

Assalamualaikum..
Dengan lafaz Bismillahnirrahmannirahim, berakhirnya 2014 bermakna tahun 2015 menjelma dan bermula. Syukur Alhamdulillah ke atas rahmat yang Allah kurniakan sepanjang 2014. Macam-macam eiesha lalui bersama suami sepanjang tahun 2014. Rawatan kesuburan yang dilalui sangat menguji kesabaran, kos rawatan yang bukan sedikit dan amat menyakitkan. Tapi, demi zuriat untuk suami tercinta eiesha lalui juga dengan sabar dan tabah. Adakala eiesha sendiri lemah dan redha menjadi putus asa. Eiesha bersykur kerana suami eiesha seorang yang tabah dan tidak mudah sekali-kali mendesak untuk segera mendapat zuriat. Eiesha tau dia juga sedih dan perasaan itu tidak pernah sekalipun dia tunjukkan di depan eiesha.. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat menyayangimu ayg..

Aku belajar untuk redha dengan takdir Allah, setiap solat aku mohon semoga Allah redhakan hatiku sekiranya Dia tuliskan untukku belum tiba masanya kami memiliki zuriat sendiri. Aku yakin perancangan Allah lebih baik. Syukur juga kerana keluargaku dan keluarga mertuaku tidak sekali-kali mendesak untuk mahukan cucu. Setiap kali menatap wajah kedua mertuaku perasaan sedih itu tetap ada. Aku tau mereka sentiasa berdoa semoga kami diberi rezeki zuriat, cucu dari anak sulung mereka. Usia mereka semakin berganjak, walaupun gaya hidup sentiasa mempamerkan jiwa muda mereka tapi aku tahu usia itu sangat inginkan cucu. Ya Allah, aku rela korbankan segalanya demi orang-orang yang ku sayang Ya Allah... 

Tahun ini perancangan eiesha tak banyak.. untuk rawatan dengan doktor mungkin eiesha akan berhentikan seketika. eiesha berusaha untuk mengurangkan berat badan terlebih dahulu. Atkins diet yang eiesha ikuti setakat ini sangat sesuai untuk eiesha. Dari berat permulaan diet berat eiesha 82kg kini dah pun menurun kepada 74kg, 8kg telah hilang.. Alhamdulillah Ya Allah, usahaku dipermudahkan. 

Permulaan tahun 2015 yang sangat baik, munggu lepas eiesha memenangi cabutan bertuah semasa majlis perpisahan rakan sepejabat. Dan semalam untuk pertama kalinya sepanjang kami bernikah ovulation kit eiesha menunjukan double line.. Ya Allah sungguh eiesha tak sangka.. mungkin Allah nak tunjuk kebesaranNya, pagi semalam terdetik hati eiesha nak check OPK selepas eiesha merasakan cervical mucus keluar tanpa ada ransangan, dan hasilnya positif yeayyy... Alhamdulliah.. dengan positifnya OPK bermakna eiesha semakin subur, eiesha tau ini hasil daripada eiesha menurunkan berat badan dan mengelakkan gula dalam makanan seharian.. Hanya wanita yang sukar hamil seperti eiesha yang mengerti betapa bila OPK positif itu amat bermakna. Sedey~ 

Munggu depan Hubby travelling selama seminggu, sebelum travelling kami memanfaatkan masa bersama dengan sebaiknya. Ye lah, OPK dah positif kalau tak dimanfaatkan tak guna juga kan.. sesungguhnya, kami hanya berusaha, rezeki semuanya datang dari Allah S.A.W

Oklah hari ini eiesha nak hantar adik melapor sekolah bagi sesi 2015. Alhamdulliah, tahun kedua dia belajar di kolej vocasional. Semoga dia tamat pelajaran sehingga habis.. 

Tiada ulasan: