assalamualaikum...
Seperti yang doktor cadangkan, selepas beberapa bulan berkahwin dan jika masih belum pregnant silalah jumpa dia.. selepas 6 bulan mendirikan rumah tangga dengan hati yang sedih eiesha terpaksa redha yang eiesha takkan pernah merasa bunting pelamin seperti yang eiesha impikan selama ini. Allah jadikan eiesha dan suami pasangan pilihan untuk diuji. perjalanan takdir kami tidak semudah yang dirancang. untuk memiliki cahaya mata sendiri eiesha perlukan bantuan doktor, kerana eiesha bukan wanita subur.(hanya Allah yang tahu apa yang eiesha lalui)
Kali ini eiesha ambik kesempatan jumpa doktor masa balik Sibu(eiesha bekerja di Miri) biarlah eiesha pergi sesorang yang penting suami dah izinkan eiesha continue rawatan kesuburan tu.
Rawatan kali ini eiesha buat pekara yang sama. Doktor scan rahim..dia buat ujian pap smear lagi. cuma kali ini dia tambah ubat metformin.(jenama apa dah tak ingat dah)dia bagi folic asid juga selain norcutine untuk turun darah. Rawatan kali ini eiesha bayar Rm177 sebab tambah metformin tu kot..
Oh ya lupa..rawatan kedua ni doktor bagi eiesha makan clomiphene untuk 3 cycles period. clomid ni dia suruh makan hari ke-dua every cycles of period..(ceewaahhh english la pulak)
Doktor cakap eiesha tiada pilihan, kena turunkan berat badan sekurang-kurangnya 20%. doktor cadangkan jumpa dia lagi.
korang rasa apa bila pasangan-pasangan yang kawen semusim
dengan korang dah pregnant? eiesha jer ker yang rasa jeles dan sedih di atas berita gembira org lain??...
Ya Allah, eiesha tak mampu untuk menutup rasa sakit itu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan