Jumaat, 17 Januari 2014

TTC-Rawatan Dengan Doktor Baru

assalamualaikum....

Masa beredar terlalu pantas.. setahun berlalu, keadaan masih sama. Bezanya keinginan untuk dapat baby dan punyai anak sendiri semakin membuak-buak. wajah suami tercinta dipandang sayu. 

Maafkan ketidaksempurnaan eiesha sayang.. eiesha tak pinta pun jadi terlalu istimewa di mata Allah untuk diuji. 

Usia perkahwinan kami berusia setahun.. pada Januari 2014 eiesha bawa husband jumpa doktor lagi. kali ini, eiesha terpaksa buat rawatan dengan doktor lain. maknanya eiesha kena start over again.. hurmm.. itu lebih baik dari eiesha menunggu sesuatu yang tak pasti..

Kali ni treatment dengan Dr.Aida Columbia Asia. 1st visitting dah selesa sangat doktor ni. cuma tak puas hati sebab masa tu dia tak scan rahim or buat pap smear (macam dah addict nak scan, sebab nak tengok rahim masih ada PCOS ke x) doktor Aida mulakan semula eiesha punya treatment. seperti pengalaman rakan-rakan lain dari blogger atau forum eiesha juga sama. rawatan dimulakan dengan pengambilan;

  • Duphastone 10mg makan 3 biji sehari selama 5 hari untuk turun period sebab eiesha dah lama tak period.
  • habis period dengan duphastone, eiesha disuruh makan DIANE 35 selama 9 cycles. yang ni untuk atur semula hormon. agak pelik kan, orang nak pregnant disuruh pula makan pil perancang. xpa, doktor lebih tahu cara merawat. eiesha terpaksa ikut jer.
  • folic asid 5mg sepatutnya dimakan setiap hari sehingga pregnant. tapi eiesha tak makan sangat sebab pening melampau kena ubat ni. eiesha kan kerja kaunter so susah sikit nak handle bila pening kepala menyerang sepanjang hari.
Kos bayaran treatment kali ni agak woww! sikit.. eiesha bayar RM197 termasuk ubat dan pendaftaran kali pertama. itu sudah kira murah sebab eiesha dicadangkan doktor aida untuk beli DIANE 35 di luar untuk next cycle.

Ps..doktor aida as a Muslim dia suggest eiesha amalkan Habbatus sauda? nak tau eiesha ambik ke tak, nanti eiesha update special entri untuk semua suplement yang eiesha amalkan sepanjang rawatan kesuburan ni. 

Tiada ulasan: