Assalamualaikum...
Dalam pada eiesha menghitung hari nak diijabkabulkan, eiesha bertekad untuk membuat pemeriksaan doktor berkenaan masalah kesuburan eiesha. rasanya tak payah kot eiesha cerita panjang lebar kenapa eiesha betekad sangat ni. korang pun faham kan asal dah kahwin pastilah inginkan cahaya mata sebagai nur dalam rumah tangga kan.. so, untuk membuang segala risau dan gundah gulana dalam hati, eiesha bertekad untuk jumpa dengan doktor pakar sakit puan. Si viva kesayangan jadi peneman masa tu.. drive sorang-sorang berbekalkan semangat yang kuat demi bakal suami tercinta eiesha hayunkan juga langkah masuk ke bilik doktor. (bilik doc bukan spa mewah yang aromanya mendamaikan ok..bilik doktor aromanya sangat annoying!!)
Rawatan pertama ni doktor scan rahim eiesha (x brapa nak tau sangat bahasa doktor ni..) dia masukan kamera kecil dari miss V. Lepas tua dia buat jugak ujian pap smear kat eiesha.. Lepas settle check sana check sini.. doktor dah ready nak bagitau eiesha apa penyakit eiesha sebenarnya. bukan setakat educated dalam bidang kedoktoran, tapi doktor ni sangat bijak untuk menanggani emosi pesakit yang comfirm2 rasa nak tercabut nyawa bila doktor sebut eiesha mengidap PCOS.. PCOS???? what that?? masa tu air mata mengalir tanpa dipinta-pinta.. dunia bagai gelap tiada bercahaya...
doc:relex eiesha..pcos bukanlah sakit kronik. ia merupakan penyakit hormon yang biasa dialami wanita macam eiesha... balik nanti eiesha google ya.. P.C.O.S (doktor catat dalam satu keping sticky note..)
eiesha: jadi doktor..bolehkah saya kawen doktor? bolehkah saya mempunyai anak? (dush..!! pertanyaan yang sangat bonus untuk doktor..)
doc: bila eiesha nak kawen? -sebulan lagi doc.. okey, eiesha kawen dulu..nanti dah 3 bulan kawen tak pregnant juga eiesha datang balik ek.. hari ini saya bagi ubat turun darah sebab eiesha cakap eiesha lama tak period kan.. makan ubat dulu nanti dah kawen dan jika nak pregnant datang jumpa saya..(uiiinaaaa.. kalau nak pregnant sila datang jumpa doktor itu..haha maksud doktor tu kalau tak dapat pregnant lepas kawen datang jumpa dia dan dia akan rawat eiesha lagi..)
rawatan kali pertama ini eiesha bayar RM137 termasuk ubat, scan rahim dan pap smear. (masa ni belum pandai nak request beli ubat di pharmacy luar)
Masuk kereta eiesha terus call en.boyfren untuk cerita hal sebenar. Syukur alhamdulillah dia seorang bakal suami yang sangat memberi semangat dan memahami. walaupun diberi pilihan untuk tidak meneruskan perkahwinan, dia tetap memilih untuk menyunting eiesha menjadi isterinya.. Ya Allah syukur tak terhingga dikurniakan bakal suami yang tidak hanya memandang pada rupa semata-mata...
Balik rumah eiesha terus google berkenaan PCOS tu.. sangat banyak info yang eiesha perolehi. so, untuk rawatan yang akan datang eiesha sudah ada bayangan apa yang akan eiesha lalui...
Kesian bakal suami eiesha, dia dapat wanita yang tidak sempurna.. hurmm...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan