- Maajun Anggun Bistari (amalkan 3 bulan tahun 2013) kesannya, period akan turun pada hari ke-22 setiap cycle. tapi MAB ini merupakan jamu untuk mencegah kehamilan. eiesha ambil sebab nak regularkan period. kos rm15 sebotol
- Lumiglow-testimoni orang cakap lumiglow bagus untuk kesuburan. Dr.Zubaidi pun ada mengulas kebaikkan Lumiglow dalam blog dia. Amal sebotol jer.. tak da effect langsung dengan eiesha. Kos RM95 sebotol..upps kalau tak silap la...
- Royal Jelly jenama Vita-health RM100 lebih kot. Makan tak sampai sebulan. Akibat frust gaduh dengan en.husband eiesha buang semua dalam tong sampah. (Maajun, folic asid, royal jelly semua eiesha buang. kejam kan.. tapi yealaa emosi dah tak betul nak buat macam mana. itu jer yang boleh bagi kepuasan. buang jer laa..)
...stop pengambilan suplement for a fews month...
- Start semula dengan set jus qaseh adinda juga jus qaseh kekanda. kali ni minum sekali dengan hubby. syukurlah hubby nak usaha sama-sama. eiesha tau, hubby tak nak eiesha rasa hanya eiesha yang berusaha. amalkan selama 2 bulan.. sebab kos tinggi juga la.. sebotol rm75 sepasang rm160.
- Amalkan jus buah zuriat dengan husband. tapi tak sampai 44 hari pun. sebab susah nak dapat di miri. so sempat guna 3 biji jer.. yang ni murah jer.. sebiji rm10
- Habbatus sauda capsul jenama minsyam.. yang ni amalkan lama sikit.. sehingga sekarang masih jadi makanan tambahan eiesha dan suami. sekotak untuk seminggu. sekotak rm12
...berat badan makin naik, period masih tak konsisten...
- Try suplement shaklee.. Lechitin + Alfafa +Herba lax pasal kos ni boleh rujuk mana-mana ajen shaklee. yang ni best untuk detox dan pembuangan yang lancar. kalau pasal berat, eiesha tak rasa sangat. tapi dar 85kg sekarang eiesha dah 82kg. ok la tu kot.. sekarang masih amalkan dengan harapan berat turun sampai berat ideal..(Insha Allah..)
...setakat ini, itu la senarai yang pernah eiesha amalkan. kalau ada yang tercicir nanti eiesha update lagi. dan kalau ada suplement lain yang eiesha akan amalkan akan update kemudian. saja eiesha buat entri ini untuk rujukan masa depan. maaflah sebab eiesha tak detail sangat dalam penulisan suplement ni. eiesha tak berjaya TTC lagi kot.. nanti insha allah dah berjaya eiesha akan cerita lebih detail amalan pemakanan ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan