Jumaat, 25 April 2014

Mereka Hamil Lagi

assalamualaikum...

Kali ini rasa nak menulis banyak jerr.. kesan daripada emosi tak menentu akhirnya eiesha buat keputusan untuk cuti lagi di Jumaat yang indah. Ekoran daripada tekanan perasaan apabila kawan-kawan sepejabat menerima berita gembira yang mereka hamil lagi.. bab hamil kini menjadi isu yang sangat sensitif pada pendengaran eiesha. setiap kali kawan-kawan update yang dorang preg eiesha rasa itu seakan-akan tekanan perasaan buat eiesha. yealaa..eiesha yang beria-ia berusaha untuk hamil tup..tup mereka pulak yang umumkan kehamilan.. how do you feel? bisi nyamai?? eiesha taulaa dorang tu subur, period cycle ok jerr.. cun ovulate tembak jer terus jadik.. tapi eiesha tak..eiesha Allah pilih untuk diuji.. tapi ujian ini sangat memberi tekanan perasaan buat eiesha.. dalam eiesha diuji, Allah berikan hubby sebagai pendamping, insan yang sentiasa cuba untuk tenangkan eiesha dalam apa jua keadaan.. Ya Allah, perancanganMu sungguh sempurna.. 

Sabar yang, ikhlaskan hati, doa banyak semoga kita dapat zuriat kita sendiri..

ayat yang hubby selalu pujuk eiesha..macam mana eiesha nak ikhlaskan diri padahal hati dan naluri eiesha menidakkan? eiesha tak mampu nak menipu diri... eiesha tak kuat syg.. eiesha bukan seorang yang sabar.. naluri ingin memilikki zuriat sendiri semakin hari semakin mendesak.. Ya Allah, bilakah giliran aku?? andai kau punya perancangan terbaik untukku, tunjukanlah.. kuatkanlah imanku Ya Allah.. hanya kepadaMu kami hambaMu bermohon...

Tiada ulasan: