Assalamualaikum..
Tiada apa yang hendak diceritakan sangat. Sekadar mahu update untuk kegunaan dan rujukan di masa depan. ya, saya dan suami masih begini. Cahaya cinta yang ditunggu belum tiba. Rawatan sentiasa diteruskan demi mendapatkan zuriat sendiri.
Banyak sebenarnya yang ingin dsampaikan. Kerana perasaan malas dan sedih setiap kali menghuraikan masalah dalaman kami sya buat keputusan untuk draf kan sahaja apa yang terjadi sepanjang blog ini tidak di update.
- IuI kedua (16/08/2015)-RM700 dibuat di Klinik Teo's juga. Tapi yes masih gagal... Mungkin belum rezeki kami lagi. Sabarlah sayang..
- Husband disahkan pembawa Hepatitis B. (Blood Test Okt 2014) Hasil medical check up. Bertambahlah beban perasaan lepas ni. Malas nak cerita lebih lanjut mengenai hep.B sila google ya..
- Okt 2015 kakak dimasukan ke hospital akibat komplikasi buah pinggang kronik.
- Okt - Nov consume Sedu Arrow + D'Folia + Fertilaid Women n Men
- 29 Okt 2015 buat ujian pap smear kali ke-2 (result alhamdulillah baik2 saja) bacaan kolestrol sangat tinggi 7.2

Tiada ulasan:
Catat Ulasan