Sabtu, 7 Februari 2015

No, I Never Stay Without Do Anything - IUI

Assalamualaikum...
Bismillahnirrahmannirahim..

Jika sebelum ni sha ada share yang clomid 50mg tu ada respond dengan sha kan. Tapi Allah belum izinkan lagi rezeki kami untuk dapat zuriat bulan lepas. Kecewa jugalah tapi apa nak buat, perancangan Allah lebih baik... sha redha.. 

Untuk bulan ni sha period dengan duphaston lagi. Cuma sha ambil 5 biji duphaston jer hari ke-6 sha terus period. tak tau pulak samada sha period kerana duphaston atau cycles ni sha period normal. Sebab kalau ikut pembacaan dan pengalaman makan ubat turun darah period tak la terus datang pada hari ke-6 tu.. tapi takpalah, syukur sangat bila dapat period...

Kali ni kami decide untuk buat ujian IUI pula. Walaupun seperti agak rushing dan hubby pun macam blur bila doktor minta kami untuk pilih nak buat IUI atau nak bersama secara normal dulu masa kami jumpa doktor pada hari ke-12 period. Sebenarnya sha dah fikirkan nak buat IUI secepat yang mungkin. Walaupun sha tau proses IUI peratusan berjaya sangat rendah dan kos tinggi sha tetap juga rasa nak buat cepat-cepat. Ntahla, tekanan daripada keadaan dan orang sekeliling memaksa sha untuk berusaha sehabis daya dan wang ringgit untuk mendapatkan zuriat untuk suami tercinta. sha tak sanggup tunggu lagi. maafkan sha syg.. sha bukan menafikan keupayaan syg, tapi sha dah tak tahan dengan suara-suara halus dari orang sekeliling yang tak berhenti bercakap tanpa mengira perasaan sha. sakitnya hanya Allah yang tahu... 

IUI..sha tak tau kenapa perasaan ini sangat-sangat hambar nak jalani ujian ni. mungkin kerana doktor stanley menunjukkan reaksi seolah-olah ujian ini sangat mudah dilakukan dan tidak perlu persedian yang rapi. tapi kenapa bila baca dari pengalaman member TTC yang lain mereka perlu melalui pelbagai scan, suntikkan atau ubat-ubatan yang perlu ditelan? sedangkan sha, hanya perlu datang ke klinik pada hari ke-14 untuk injection dan pada keesokan harinya sha akan jalani IUI tu. bila sha tanya suami perlu buat simen analysis ke tak, doktor cakap tak payah.. sha tanya sha perlu makan apa-apa ubat lagi ke tak, doktor hanya bagi sha makan asid folic, kekalkan metformin dan vit e sebagai tambahan sebab uterus sha agak nipis.. hurmm satu lagi masalah.. bila uterus nipis, risiko untuk kandungan gugur amat mudah. kenapa lambat sangat doktor nak tau benda ni. but why doktor stanley nak teruskan IUI sedangkan dia tahu uterus sha sangat nipis dan belum bersedia untuk emberio menempek??? Ya Allah, kenapalah sha rasa macam ni. kos buat IUI bukannya murah, kalau sha buat terlampau simple pun rasa tak berbaloi juga. 

kerana terasa kurangnya persediaan doktor, husband dan sha sendiri, maka sha automatik merasakan sha sedang melakukan sesuatu yang hambar.. sedangkan sha dah baca pengalaman kawan-kawan buat IUI mereka melalui banyak proses yang sangat rapi dengan pemantauan doktor, dan still masih juga gagal... bagaimana pula dengan sha yang dilayan doktor ala kadar jer ni?? scan pun baru sekali, telur pun belum menetas lagi. saiz telur agak kecil 1.7cm boleh ke telur sha membesar dalam 2 hari ni. dan telur sha hanya sebiji.. boleh ke?? cukup ke???? sebab isnin ni sha akan buat IUI.. haizzz kenapa sha rasa seolah-olah sha buang rm1000 ke dalam tong sampah???  

Hanya kepada Tuhan sha berserah. sha sudah habis akal untuk berusaha. selebihnya sha hanya tawakal... jika sha tak berjaya hamil dengan proses IUI ni, tak apalah.. mungkin Allah nak sha diet betul-betul kurus dulu barulah sha boleh hamil secara normal. walauun sha belum bersedia sepenuhnya, jauh di sudut hati sha, sha berharap proses ini berjaya untuk sha dan suami. Insha Allah dengan izin Allah...

Tiada ulasan: